
"Kepada pengunjung blog, kru mengambil kesempatan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca dan rakan berketurunan Cina.
Tahun Harimau kali ini di harap akan membawa keamanan dan keadilan kepada semua warga di negara tercinta ini…”
Emel: nasilemakantarabangsa1@gmail.com "Sebut saja Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru, ramai yang pernah menikmatinya. Ramai juga yang tidak akan terlepas dari pengalaman berbaris panjang, malah ada kalanya sehingga sejauh 50 meter menunggu giliran untuk membeli makanan traditional alangkah cerianya detik itu…"
Bertujuan menyatupadukan rakyat ke arah gagasan 1 Malaysia sebagaimana saranan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak, pihak Jabatan Warisan Negara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Sri Warisan Event Management akan menganjurkan Fiesta Nasi 1 Malaysia pada 13 dan 14 Mac depan.
Fiesta yang akan diadakan di Dataran Merdeka ini akan bermula daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Menurut Pengerusi Program Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia, Chef Yang Jamil, fiesta ini akan diisi dengan pelbagai acara menarik seperti pertandingan memasak nasi lemak yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat, demo masakan daripada selebriti tanah air, persembahan artis, pertandingan pakaian, gerai masakan warisan dan cabutan nombor bertuah.
''Kami mengalu-alukan penyertaan daripada persatuan artis tanah air, persatuan peniaga, pertubuhan, hotel, institusi pengajian tinggi, kolej masakan, restoran, orang perseorangan dan sebagainya.
''Kami turut menyeru kepada pihak-pihak penaja untuk bersama-sama membantu dan memeriahkan Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia ini.
''Terdapat dua kategori penyertaan, iaitu hotel dan individu. Bagi kategori hotel, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM1,000 sementara individu RM200. Kami menganggarkan untuk menerima lebih daripada 500 penyertaan,'' katanya yang ditemui pada sidang akhbar mengenai fiesta tersebut di Restoran Seri Melayu,
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Penerangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Daud.
Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia akan dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim.
Pada hari tersebut juga sebanyak 10,000 bungkus nasi lemak akan diedarkan secara percuma kepada para pengunjung. - Oleh MERAN ABU BAKAR Gambar ZULKARNAIN SAIDIN
Sebuah Kereta Menanti Pemenang Pertandingan Memasak Nasi Lemak 1Malaysia
Nasi lemak merupakan makanan harian yang tidak kira masa samaada sarapan pagi, tengahari, petang dan malam. Oleh itu, acara fiesta nasi Lemak 1 Malaysia adalah satu usaha untuk membawa masyarakat mengenali asal usul Nasi Lemak di mana nasi lemak ini akan dimasak oleh lapisan masyarakat pelbagai kaum negara ini
Disamping itu, acara ini dapat menyumbang kepada usaha kerajaan Malaysia menyatupadukan rakyat melalui makanan. Ianya juga dapat menyumbang ke arah gagasan Satu Malaysia sebagaimana di suarakan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.
Justeru itu, pertandingan memasak "Nasi Lemak 1Malaysia" anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bakal diadakan bulan depan di Dataran Merdeka.
Lebih menarik lagi, berbagai hadiah lumayan menanti pemenang termasuk sebuah kereta.
Pertandingan itu nanti diadakan selama dua hari itu bermula 13 Mac terbuka kepada segenap lapisan masyarakat dan nasi lemak yang paling sedap akan dinobatkan sebagai "Nasi Lemak 1Malaysia".
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Datuk Mohammed Mohd Daud berkata pertandingan akan dibahagikan mengikut dua kategori iaitu kategori A untuk peserta yang bekerja sebagai chef atau yang terlibat dalam apa-apa aktiviti masakan dan kategori B pula terbuka untuk semua individu.
"Nasi lemak adalah makanan yang disenaraikan sebagai warisan kebangsaan dan diharapkan pertandingan ini dapat dijayakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.
Mohammed berkata pemenang akan dipilih mengikut setiap kategori, hadiah utama untuk kategori A adalah wang tunai berjumlah RM20,000 manakala hadiah utama bagi kategori B ialah wang tunai RM10,000. Pemenang bagi Nasi Lemak 1Malaysia akan dipilih daripada kedua-dua kategori ini.
Mohammed berkata penyertaan untuk pertandingan ini akan dikenakan bayaran mengikut kategori iaitu RM1,000 bagi kategori A dan RM200 bagi kategori B.
Maklumat lanjut mengenai fiesta dan pertandingan ini boleh didapati menerusi laman web http://nasilemak1malaysia.webs.com/ ataupun menghubungi Pejabat Sekretariat di Sri Warisan Event Management, 19M, Jalan 6/4, Pandan Indah Commercial Park, 55100 Kuala Lumpur. Pejabat Sekretariat boleh dihubungi bagi mendapat maklumat lanjut, di talian 03-42936678, faks 03-42936678 atau Hotline 012-6871742, 012-3390142 .-- BERNAMA