Rabu, 3 Februari 2010

Fiesta Nasi Lemak 1Malaysia













Sebuah Kereta Menanti Pemenang Pertandingan Memasak Nasi Lemak 1Malaysia

Nasi lemak merupakan makanan harian yang tidak kira masa samaada sarapan pagi, tengahari, petang dan malam. Oleh itu, acara fiesta nasi Lemak 1 Malaysia adalah satu usaha untuk membawa masyarakat mengenali asal usul Nasi Lemak di mana nasi lemak ini akan dimasak oleh lapisan masyarakat pelbagai kaum negara ini


Disamping itu, acara ini dapat menyumbang kepada usaha kerajaan Malaysia menyatupadukan rakyat melalui makanan. Ianya juga dapat menyumbang ke arah gagasan Satu Malaysia sebagaimana di suarakan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.


Justeru itu, pertandingan memasak "Nasi Lemak 1Malaysia" anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bakal diadakan bulan depan di Dataran Merdeka.


Lebih menarik lagi, berbagai hadiah lumayan menanti pemenang termasuk sebuah kereta.


Pertandingan itu nanti diadakan selama dua hari itu bermula 13 Mac terbuka kepada segenap lapisan masyarakat dan nasi lemak yang paling sedap akan dinobatkan sebagai "Nasi Lemak 1Malaysia".


Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Datuk Mohammed Mohd Daud berkata pertandingan akan dibahagikan mengikut dua kategori iaitu kategori A untuk peserta yang bekerja sebagai chef atau yang terlibat dalam apa-apa aktiviti masakan dan kategori B pula terbuka untuk semua individu.


"Nasi lemak adalah makanan yang disenaraikan sebagai warisan kebangsaan dan diharapkan pertandingan ini dapat dijayakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.


Mohammed berkata pemenang akan dipilih mengikut setiap kategori, hadiah utama untuk kategori A adalah wang tunai berjumlah RM20,000 manakala hadiah utama bagi kategori B ialah wang tunai RM10,000. Pemenang bagi Nasi Lemak 1Malaysia akan dipilih daripada kedua-dua kategori ini.


Mohammed berkata penyertaan untuk pertandingan ini akan dikenakan bayaran mengikut kategori iaitu RM1,000 bagi kategori A dan RM200 bagi kategori B.


Maklumat lanjut mengenai fiesta dan pertandingan ini boleh didapati menerusi laman web http://nasilemak1malaysia.webs.com/ ataupun menghubungi Pejabat Sekretariat di Sri Warisan Event Management, 19M, Jalan 6/4, Pandan Indah Commercial Park, 55100 Kuala Lumpur. Pejabat Sekretariat boleh dihubungi bagi mendapat maklumat lanjut, di talian 03-42936678, faks 03-42936678 atau Hotline 012-6871742, 012-3390142 .-- BERNAMA

1 ulasan:

  1. fiesta nasi lemak 1 malaysia ini bertepatan dengan masanya untuk di nobatkan kerana nasi lemak sudah menjadi satu jenama yang di ketahui oleh semua lapisan masyarakat dari semua kaum.semoga dengan adanya fiesta nasi lemak 1 malaysia yang akan di adakan di dataran merdeka pada 13-14 mac ini akan memeriahkan lagi industri nasi lemak malaysia dan semoga nasi lemak malaysia akan berkembang ke peringkAT DUNIA.

    BalasPadam